Maxis Live Ekelas (Matematik Dan Sains - Tingkatan 4 & 5)

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2019, telah berlangsungnya kelas MAXIS Live eKelas bagi matapelajaran Matematik serta Sains tingkatan 4 dan 5, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.

Pembelajaran kali ini merupakan sesi ulangkaji format soalan peperiksaan SPM. Untuk subjek matematik peserta ulangkaji mengenai topik Persamaan quadratik. Cikgu juga turut menggalakkan peserta belajar menggunakan learning port yang terdapat di dalam portal. Manakala subjek sains pula, peserta belajar cara-cara menjawab soalan struktur SPM. Terdapat sesi di mana cikgu memberi contoh soalan dan cara menjawab soalan dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali